Saturday 30 April 2011

Tanggungjawab Sebelum Berumahtangga 1 ( kisah pelajar )

Kisah ini berlaku di sebuah universiti, kalau tak silap pada bulan Februari yang lalu.
Ceramah / taklimat tentang cinta oleh seorang novelis yang terkenal dan seorang ustaz diadakan. Dalam ceramah tersebut, ustaz ada bertanyakan beberapa soalan kepada mahasiswa/mahasiswi yang hadir.

Soalan kepada pelajar lelaki

Soalan (Ustaz) : Kalau ada seorang perempuan yang sangat baik, alim tapi tak cantik, siapa yang nak, angkat tangan.
Respons : hanya beberapa orang sahaja yang angkat tangan
Soalan (Ustaz) : Kalau ada seorang perempuan yang cantik tapi tidak baik akhlaknya dan mungkin telah hilang daranya, siapa yang nak, angkat tangan.
Respons : majoriti angkat tangan
Saoalan (Ustaz) : Tapi kenapa?
Respons : Akhlak seseorang boleh dibentuk ustaz, tapi kalau rupa...

Soalan kepada pelajar perempuan

Soalan (Ustaz) : Kalau ada seorang lelaki yang kacak, baik akhlaknya tapi miskin, siapa yang nak, angkat   tangan.
Respons : hanya beberapa orang yang angkat tangan
Soalan (Ustaz) : Kalau ada seorang lelaki yang tidak kacak, tidak baik akhlaknya tapi kaya, siapa nak, angkat tangan.
Respons : majoriti angkat tangan.

Ustaz : Rupa dan kekayaan seseorang tak penting kerana rupa akan berubah mengikut masa dan kekayan seseorang juga boleh hilang. Pilihlah seseorang yang baik akhlaknya dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak mempunyai harta kekayaan dan kecantikan.

Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara..
Kaya sebelum miskin
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


*kisah ni tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang mati..:)*

Friday 29 April 2011

Isu menutup Aurat..

Sebenarnya saya terlintas untuk mengupas tajuk ini kerana banyak persoalan-persoalan yang dikemukakan dan juga ditulis dalam blog kawan saya baru-baru ini.

Persoalan/ungkapannya :
"Orang yang tak pakai tudung tak semestinya jahat dan orang yang pakai tudung tak selalunya baik".

Jawapan : 
Apa yang terzahir pada tingkah laku kita sebenarnya itulah yang ada dalam hati kita.
Contohnya, kalau ada isi durian yang bergolek di atas tanah, adakah kita nak makan atau tidak? Mesti tak nak kan? Kenapa kita tak nak sedangkan kita selalu kata luaran tak menggambarkan dalaman. Luaran isi durian sahaja kotor tapi dalamannya kan elok lagi..
Begitu jugalah dengan manusia..Luaran seseorang menggambarkan hatinya. Aqidah penting untuk membentuk akhlak seseorang.

Dalam novel Tautan Hati juga ada mengupas tajuk ini:
"Memang kita tidak boleh menilai seseorang melalui pakaian semata-mata. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna pun ramai yang tiada akhlak. tapi yang bersalah adalah wanita itu sendiri bukan tudungnya. Walaupun akhlaknya teruk sekurang-kurangnya dia sudah terlepas daripada dosa mendedahkan aurat.Bagi wanita yang tidak menutup aurat pula, dia mungkin dimuliakan Allah kerana akhlaknya namun dia tetap tidak akan terlepas dari dosa tidak menutup aurat.Mereka sama sahaja."

Apa-apapun kita hendaklah sentiasa berbaik sangka dan menyayangi antara satu sama lain. Jangan kita membenci seseorang kerana perilakunya cuma kita perlu membenci perlakuannya itu agar kita tidak melakukannya.

Cerita tentang menutup aurat, saya teringat satu variety show yang mempermain-mainkan tudung itu sendiri.
Ingat..,kita boleh memakai tudung dengan berfesyen (asalkan memenuhi syarat menutup aurat sebagai seorang Islam), tapi jangan menjadikan tudung itu atau memakainya kerana hendak mengikut fesyen..
Sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain agar kita sentiasa berhijrah ke arah kebenaran dan kebaikan. InsyaAllah.



*source: ayuni dan kawan-kawan, prm, novel Tautan Hati by Fatimah Syarha.

Kelazatan dan kemanisan IMAN

Rasulullah S.A.W bersabda:

Barangsiapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:
 i) Jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
ii) Jika ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintai melainkan kerana Allah.
iii) Jika ia benci untuk kembali kedalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

KHUSYUK dalam SOLAT

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Kurang iman orang yang tidak amanah, tidak sah solat orang yang tidak bersuci, tidak ada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Kedudukan solat dalam agama adalah umpama kedudukan kepala pada badan."[HR:Imam Tobrani]

Enam kunci khusyuk solat
i) Kehadiran Hati
Segala tumpuan hendaklah diberikan ketika solat dan hendaklah mengosongkan hati daripada sibuk memikirkan perkara-perkara keduniaan.
~sebab membolehkan seseorang menghadirkan dan menumpukan hatinya terhadap solat yang ditunaikan ialah:
a) perhatian dan menganggap solat itu teramat penting
b) menanamkan dalam lubuk hati bahawa akhirat adalah matlamat utama hidup kita. Akhirat adalah jauh lebih baik dan lebih penting daripada dunia.

ii) Memahami makna
Memahami makna akan mudah terhasil apabila orang yang menunaikan solat itu memberikan perhatian dan tumpuan terhadap munajat, permohonan dan permintaan kepada Allah yang dilakukan dan dilafazkan ketika solat.

iii) Mentakzimkan Allah
a) Mengetahui keagungan dan kehebatan Allah dalam mencipta dan mentadbir alam dunia dan akhirat.
b) Mengetahui kehinaan dan kekerdilan diri sendiri sebagai hamba Allah.


iv) Rasa gerun dan takut kepada Allah

v) Mengharapkan rahmat keampunan dan kurniaan Allah.

vi) Rasa malu kepada Allah atas segala kekurangan diri.



Al-Fatihah adalah asas dalam solat seseorang.Bacaan yang tidak sempurna akan memberi kesan terhadap solat kita.
*Sorce: Mari memahami & Menghayati Bacaan Solat by Hasnan Kasan (p/s: minta halal ilmunya ustaz..:))

Zikir 99 (Asma'ul Husna)

"Allah mempunyai Asma'ul Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma' ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahertikan nama-namaNya.Mereka kelak mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan" (Al-A'raf:180)
Maka, berzikirlah dengan asma' Allah sebanyak-banyaknya.Moga kita mendapat keredhaanNya.Amin..


1) Ar-Rahman (Maha Pengasih)
InsyaAllah akan diberi ingatan yang kuat, pengetahuan yang cemerlang, dan terhindar dari hati yang keras.


2) Ar-Rahim (Maha Penyayang)
InsyaAllah akan mencintai dan menyayangi makhluk Allah dan Allah akan mengasihinya.Jika ditujukan untuk seseorang maka orang itu akan menyayangi dan mengasihinya.


3) Al-Malik (Maha Raja)
InsyaAllah dirinya akan dihormati dan diperlakukan dengan baik oleh orang lain.

*source:Zikir 99 Asma'ul Husna & Fadhilah Surah Yasin (SynergyMedia)*

Thursday 28 April 2011

Persoalan tentang CINTA (bahagian 3)

3)Kalau tak bercinta, jadi adik-beradik angkat je tak apa kan?

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cuma cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Manusia yang terlibat dalam budaya ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

4)Apa yang patut aku lakukan? Aku belum ada kekuatan untuk semua ini!!

Saudaraku, kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina.

"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri"(surah Ar-Ra'du:11)

Kita masih ada peluang untuk bertaubat dengan taubat nasuha selagi hayat masih ada.. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Sesungguhnya, Alah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Persoalan tentang CINTA (bahagian 2)

2)Bercinta untuk bagi nasihat boleh tak?
Memang betul niat anda baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq.

"Dan (juga) ingatlah kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah, sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam" 
(Surah Al-Ankabuut:38)

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil (kejahatan@kemungkaran) dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."(Al-Baqarah:42)

Persoalan tentang CINTA (bahagian 1)

"Kitorang bercinta tapi tak pegang tangan,tak jiwang-jiwang..cuma tanya khabar,borak-borak,siap bagi nasihat lagi..tak kan tak boleh kot"


soalan-soalan ni selalu timbul bila manusia sedang alpa dihanyutkan cinta nafsu..hmm..mesti korang selalu tertanya-tanyakan..nak jawapan?saya hanya dapat kumpulkan beberapa jawapan yang rasanya memenuhi kehendak persoalan korang.~kalau salah sila beri tunjuk ajar

1)Cinta SMS salah ke?
Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan berhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan.
"Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat kemaksiatan, lidah boleh berzina dengan bercakap perkara yang membawa kemaksiatan, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah kemaksiatan. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia".

Wednesday 27 April 2011

Naluri cinta manusia..

Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.
Bukan salah dan berdosa kalau perasaan cinta itu datang tanpa diundang.
Cuma tundukkan perasaan cinta itu untuk tunduk patuh pada perintah Allah.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa cinta.

untukmu

Adam,
Lelaki acuan Al-Quran,
Basah lidahnya mengingati Tuhan,
Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan,
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan,
Quran dan sunnah jadi panduan,
Akhlak Nabi jadi ikutan,
Hidup matinya kerana Tuhan,
Jadi teman di perjalanan..

Hawa,
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu,
sehingga kau dikejar jutaan lelaki.
Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga,
kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa,
setanding mutiara Zabarjad,
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
Sesungguhnya, sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang..

*petikan diambil*

Cinta Sakral dan Qudus..

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah ijab qabul;cinta lepas kahwin. 
Itulah Cinta Sakral dan Qudus.
Cinta bermaruah bukan cinta murah.

Doa Cinta NABI DAUD

ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya aku mohon kepadaMu untuk mencintaiMu,
dan mencintai orang yang cinta kepadaMu,
juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku ke arah cintaMu.

ya Allah,
jadikanlah kecintaan padaMu itu lebih aku cintai daripada diriku sendiri,
juga melebihi kecintaan pada keluargaku
serta melebihi kecintaan kepada air yang dingin.
[HR: At-Tarmidzi]