Saturday 29 December 2012

doa agar diberi kekuatan iman- Ustaz amal




Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang kuat..
dan keyakinan yang benar..
dan kepercayaan yang teguh..

Sunday 23 December 2012

wanita berwajah muslimah..



Bismillah..

wanita berwajah muslimah? tertarik tak dengan title tu? tadi dengar radio IKIM, pastu terdengar tajuk tu.. first-first pun saya tertanya-tanya, apa yang tersirat disebalik tajuk tu? menarik.. 
rupa-rupanya 13 perkara yang perlu seorang muslimah itu menjaganya..menarik tak? ha, kan dah cakap..:)..
13 perkara je ke? tak..ni perkara-perkara penting yang biasanya kita terlepas pandang dalam menjalani kehidupan seharian kita..
kenapa perlu jaga?sebab...
tapi sebenarnya, saya tak sempat salin semuanya..jadi google punya google pastu terjumpa lah perkongsian ni..semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua..:)..in shaa Allah..



1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – petikan dari Surah An-Nur, ayat 31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur pada zaman jahiliyah.

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal. Kata orang sekarang "hidung belang" – petikan dari hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – petikan dari surah An-Nur, ayat 31.

5. Gigi

Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – petikan dari hadis riwayat At-Thabrani. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – petikan dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahiliah yang dahulu.

Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

7. Muka dan Tangan

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – petikan dari hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – petikan dari hadis riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – petikan dari surah An-Nur, ayat 31.

Sabda Nabi Muhammad SAW: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan, hukumnya haram – petikan dari hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – petikan dari surah Al-Ahzab, ayat 32.

Sabda Nabi Muhammad SAW: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – petikan dari hadis riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – petikan dari surah An-Nur, ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – hadis riwayat Al-Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – petikan dari hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – petikan dari hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari surah Al-Ahzab, ayat 59 bermaksud: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya – petikan dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – petikan dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim.





Wednesday 24 October 2012

The Day of Arafah..



"Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, laa ilaaha ill-Allaahu, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, wa lillaahi’l-hamd"


Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).



“Puasa Arofah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”[HR. Muslim no. 1162]

Thursday 13 September 2012

Kagum @ jealous? Pembakar semangat..


Bismillah..

Alhamdulillah.. 8 September lepas saya selamat tiba di Mesir.. Walaupun sepatutnya tiba lebih awal (7 September), tapi Alhamdulillah, disebabkan flight delay, saya dan kawan-kawan dapat merasa tidur di hotel Oman (Tulip Inn) yang harga satu biliknya hampir seribu ringgit Malaysia..-_-



Ok.. sambung ke cerita asal.. Kagum @ jealous pembakar semangat? Dalam perjalanan ke Mesir, kami cuba memenuhi masa lapang dengan pelbagai aktiviti.. Antaranya membaca majalah Jom!! yang sememangnya popular di kalangan mahasiswa-mahasiswi tak kira di mana jua..Eceh (ni bukan iklan Jom! tapi tak salah kalau anda nak beli dan baca jom lepas ni =) )

                            


Kami mula membaca Jom! dari edisi pertama lagi.. Apa yang membuatkan kami rasa kagum dan jealous dengan serentak +_+  ialah apabila yang menulis @ menghantar artikel (dai'e) merupakan mahasiswa-mahasiswa dari Universiti yang terletak di Barat sana dan ada juga dari Universiti swasta Malaysia.. SubhanAllah.. 
Kenapa? Ialah..bila kita dengar "budak tu dia pelajar Mesir" , apa kita response "wah, mesti baik".. Kalau kita dengar "budak tu dia pelajar Ireland', apa response kita? "Ohh..".. 

Disebabkan ada orang-orang seperti akhi dan ukhti yang Haybat kat sana tu, yang berani bersuara,menyatakan pendapat serta menyeru/ mengajak kita semua ke arah kebenaran, kami dengan penuh semangat akan berusaha untuk menjadi seperti mereka.. InsyaAllah..=) Biiznillah..keberanian dorang menjadi pembakar semangat kami.. Moga kita semua membangun bersama dan menjadi Muslim dan Muslimah yang sejati.. amin.. InsyaAllah..



" Tetapi kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana. Dia memasukkan siapa pun yang Dia kehendaki ke dalam rahmatNya (syurga). Adapun bagi orang-orang zalim disediakan-Nya azab yang pedih." 
[Al-Insan 76: 30-31]

Thursday 5 January 2012

Number One For Me - Maher Zain..



I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you


For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

Now I finally understand
That famous line
About the day I'd face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I've learnt so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kids the way you do

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me




Si Peminjam dan Pemberi Pinjam..

Perkara-perkara yang perlu dilakukan sewaktu meminjam dan memberi pinjam @ meminta tolong..
baru comel sikit kalau ada semua ni..=)

Situasi 1
 Pada suatu hari.. jeng..jeng..jeng..
Ayu : Minah, cuba kau bagi pen kau tu?
Minah :cuba? tolong~..tolong ke nak pinjam ke..baru betul..
           . amiklah..
[perkara 1 : mulakan dengan perkataan TOLONG/ BOLEH TAK NAK...]
Ayu : hehe
Minah: hehe je? sama-sama..
Ayu: eh, terima kasih..=)
[perkara 2 : ucapkan TERIMA KASIH]

Situasi 2
Pada hari yang lain...(beberapa bulan selepas tu...)
Minah : eh, ayu macam kenal je pen tu..
Ayu: memang lah ni pen kau..
Minah: eh, buat atuk nampak.. macam hak milik sendiri dah..
Ayu: eh, sorry sorry..aku takde pen lain lah..
[perkara 3: sila PULANGKAN semula barang yang dipinjam kepada empunya barang]
Minah : emm, takpe-takpe..aku kawan dengan kau ikhlas kerana Allah..=)..tapi..mana pergi penutup pen tu?..
Ayu: hehe..dah hilang;ah..hari tu terjatuh..:P
[perkara 4: sila JAGA dengan BAIK barang yang dipinjam dan menggunakan nya dengan sebaiknya]
Minah : hmm... kau memang...amik je lah pen tu.. aku beli lain..

Situasi 3
LOADING.................................................
(to be continued)
........................................................................................................................................................

Dapat tangkap tak?

Sebenarnya, even korang kawan ke atau adik-beradik ke, family ke, korang still kena menghargai and menghormati barang yang korang pinjam tu..(eh, bukan korang.. kita lah kita..saya pesan kt diri saya jugak..)

Same goes to kita dengan Pencipta kita, Allah..Kita kena hargai, bersyukur n menggunakan sebaiknya apa-apa yang Allah beri kita pinjam.. Kalau tak, kufur nikmat namanya.. Kita nak orang hormat barang kita, tapi kita tak hormat barang yang Allah bagi kat kita..mana boleh macam tu..

Jadi jom mulai sekarang kita perbaiki diri.. Rajin-rajin ucap terima kasih.. rajin-rajin cakap "Tolong".. jangan sombong sangat nak minta tolong..tak best lah macam tu.. so, mutabaah amal kali ni, sentiasa ucap terima kasih kat Allah n makhlukNya juga..=)