Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Sunday, 14 August 2011

Salah Faham Masyarakat 3

Aman (adik) : Akak, malam ni Aman nak stay-up.
Amani (akak) : Nak buat apa? study ke? baik Aman Solat Tahajjud sekali, kan bagus tu.
Aman : Memanglah kak. Aman stay-up ni sebab dah janji dengan kawan nak Solat Tahajjud sama-sama.
Amani : Eh, Aman tak tidur dulu ke? Nanti bangun barulah Solat Tahajjud.
Aman : Ala, nanti takut tak sedar. Aman kan liat nak bangun.
Amani : Takpe, nanti akak kejut. Akak memang bangun pun setiap pagi.
Aman : Em, takpelah akak. Aman dah tidur dah petang tadi.
Amani : ???? *pelik*







Salah Faham Masyarakat 2

Di Masjid..Malam pertama Ramadhan..

Ali : Assalamualaikum bang. Abang baru ke pindah sini?
Ahmad : Waalaikumussalam. Tak adalah. Aku dah nak dekat setahun dah pindah sini.. Kenapa?
Ali : Eh yeke? Saya jarang pulak nampak abang..
Ahmad : Aku pun jarang jugak nampak kau. First time jumpa harini.
Ali : Eh? Saya, Alhamdulillah, hari-hari pergi masjid, tapi saya pun tak pernah terserempak dengan abang.
Ahmad : *malu * Oh..selalu aku kerja. tak sempat nak pergi masjid. penat (berdalih)
Ali : Hari ni abang tak kerja ke?
Ahmad : Abang kerja sampai pukul 6.30 petang. tapi bulan ni kena lah pergi masjid, kan nak Solat Tarawih. bulan lain tak kisah.
Ali : ??? (sambil menggeleng-gelengkan kepalanya)

Salah Faham Masyarakat 1

Di gerai..

Pekerja 1 : Ala, harini aku kena jaga malam..tak dapat aku nak Solat Tarawih harini..
Pekerja 2 : Ha? Apa kaitan jaga kedai dengan tak solat? Kau jaga kedai sampai pukul 10.30 malam je kan?
Pekerja 1 : Yelah, sebab tu aku tak boleh Solat Tarawih, tak sempatlah aku nak pergi masjid.
Pekerja 2 : ??? Buatlah Solat Tarawih kat rumah lepas kau balik kerja.
Pekerja 1 : Eh, boleh ke? Ala, tapi tak best lah..tak "meriah"..
Pekerja 2 : Kau nak solat ke nak meriah?






Friday, 29 April 2011

KHUSYUK dalam SOLAT

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Kurang iman orang yang tidak amanah, tidak sah solat orang yang tidak bersuci, tidak ada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Kedudukan solat dalam agama adalah umpama kedudukan kepala pada badan."[HR:Imam Tobrani]

Enam kunci khusyuk solat
i) Kehadiran Hati
Segala tumpuan hendaklah diberikan ketika solat dan hendaklah mengosongkan hati daripada sibuk memikirkan perkara-perkara keduniaan.
~sebab membolehkan seseorang menghadirkan dan menumpukan hatinya terhadap solat yang ditunaikan ialah:
a) perhatian dan menganggap solat itu teramat penting
b) menanamkan dalam lubuk hati bahawa akhirat adalah matlamat utama hidup kita. Akhirat adalah jauh lebih baik dan lebih penting daripada dunia.

ii) Memahami makna
Memahami makna akan mudah terhasil apabila orang yang menunaikan solat itu memberikan perhatian dan tumpuan terhadap munajat, permohonan dan permintaan kepada Allah yang dilakukan dan dilafazkan ketika solat.

iii) Mentakzimkan Allah
a) Mengetahui keagungan dan kehebatan Allah dalam mencipta dan mentadbir alam dunia dan akhirat.
b) Mengetahui kehinaan dan kekerdilan diri sendiri sebagai hamba Allah.


iv) Rasa gerun dan takut kepada Allah

v) Mengharapkan rahmat keampunan dan kurniaan Allah.

vi) Rasa malu kepada Allah atas segala kekurangan diri.



Al-Fatihah adalah asas dalam solat seseorang.Bacaan yang tidak sempurna akan memberi kesan terhadap solat kita.
*Sorce: Mari memahami & Menghayati Bacaan Solat by Hasnan Kasan (p/s: minta halal ilmunya ustaz..:))