Tuesday 29 November 2011

Egois

Katamu apa yang kau impikan,
Segalanya kan pasti jadi kenyataan,
Setiap apa yang kau inginkan,
Sekelip mata dalam genggaman...

Nadamu berbaur keegoan..
Katamu kau tak perlukan teman,
Walaupun sendirian,
Walaupun kesunyian,
Kau punya segala kelebihan..

Bibirmu ketandusan senyuman,
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata,
Atur langkah penuh keangkuhan,
Gerak gaya lambang kemegahan..

Kau terlupa apa yang kau ada,
Segalanya kurniaan yang Esa,
Hanya seorang hamba,
Yang diuji imannya,
Dengan kenikmatan dunia...

Bicara hatimu tentang sepi,
Sengaja tak pernah kau akui,
Bagaikan sang merak,
Yang indah bulunya,
Namun tidak mampu,
Terbang ke angkasa...

Andai dibiar keegoan,
Meratah hati dan perasaan,
Usah kau pertikaikan jiwamu,
Mengapa tiada rasa ketenangan..

Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu..

Bukan ku sengaja,
Mencari silapmu,
Engkau ku rasakan,
Mampu menjadi sandaran,
Sedarlah jasa baktimu diperlukan,
Curahkan pada insan yang memerlukan..

SINDIR bermakna NASIHAT, NASIHAT tanda SAYANG...

Pada suatu hari yang tenang..:P..=)
.....
Ainul : Mira, aku risau betul lah tengok kau. tak berlenggang langsung dengan laptop tu.. macam belangkas.
Mira : Haha.. jeleslah tu..aku dah khatam kan sume movie n  drama Japan dalam harddisk tu.. ni nak download drama terbaru lak.. Ouran High School *sambil buat muka cool*..
Ainul : Ouran High School? macam best je..
Mira : memang best pun.. jom lah tengok sama-sama..
Ainul : boleh..tapi tunggu aku free dulu lah.. n dengan satu syarat.. sekarang ni kau kena join aku study sama-sama.. kata nak Mumtaz.. Jom Mumtaz sama-sama.. InsyaAllah..=)
Mira : mmmm...ok..

Keesokkan harinya..(hari program Sejarah Anbiya' dijalankan)
.....
Ainul : Jom sume bertolak sekarang.. Kita dah lambat ni..
Mira : Ainul, wajib ke datang?
Ainul : tak rasanya..
....Mira tak pergi program Sejarah Anbiya'...

balik dari program..
.....
Ainul : Ya Allah, Mira, kau tak pergi sebab tengok cite Jepun ni? bosannyee... rugi tak pergi tadi.. best tau..
Mira: *hanya mendiamkan diri*

Keesokkan harinya...lagi.....(program Ini Sejarah Kita diadakan)..=)
.....
Ainul : Haish, sape lah yang tak pergi semalam.. rugi tau.. hari ni kalau tak pergi jugak, dah dua kali rugi.. berugi-rugi dah..* sambil tersenyum*

Waktu program dijalankan..
....
akak penceramah:  Tengok konsert SuJu, tengok movie Jepun, Korea, Hindustan, Melayu pun..sampai melalaikan dan merosakkan aqidah..tu dah termasuk dalam perbuatan Jahiliyyah.. bertentangan dengan ajaran Islam.. Kalau ada dua orang Michael dengan Mikael, dua-dua tak ada beza pun macam tu..kalau dua-dua pun buat benda yang sama..buat sesuatu tanpa panduan Islam...
Ainul : *memandang Mira*
Mira: *muka masam, hanya mendiamkan diri*

Petang tu..
....
Mira: *menjauhkan diri dan tidak menegur Ainul.. Mira terus melayan cerita-cerita Jepunnya*
Ainul : Mira, kau kenapa.. macam lain macam je..
Mira: takde apa-apalah *bunyi marah*
Ainul: kau marah ke? sorry lah..aku bukan berniat nak sakitkan hati kau.. tapi aku nak kita sama-sama berjaya.. sama-sama Mumtaz.. tak nak lah berjaya sorang-sorang.. tak best kot...
Mira : tak lah.. tak marah pun.. tapi aku memang tak boleh nak lari dari movie-movie Jepun ni..
Ainul : ala, takpe.. sikit-sikit.. boleh je tengok.. tapi jangan sampai melalaikan n tengok lah cerita yang elok-elok je tau..
Mira: Haha.. jangan risau lah.. aku cuma suka tengok cite Jepun sebab banyak humor n pengajaran je.. takde yang lain *sambil tersenyum*..


N/B (tak pasal-pasal)...:
Em.. mesti tak faham sangat kan cerita ni? Pandai-pandai lah fikir kesinambungan n ibrah dari cerita ni n selamat beramal..=)..*cerita ni takde kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..*...peace yo...wassalam...~~

Thursday 24 November 2011

Penyucian Jiwa

"Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)" [Surah AsySyams:9]



Penyucian diri :
1. Muhassabah Diri - sebelum amal, sesudah amal, saat melakukan amal.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [Surah Al-Hasyr, 59:18]


2. Cara bermuhassabah:
- hendaklah membandingkan antara nikmat yang Allah bagi kita dengan dosa yang kita lakukan.
(Pastinya kita akan dapati bahawa perlakuan kita tidak berpatutan dengan begitu besarnya nikmat yang Allah berikan. Subhanallah)
- hendaklah kita mengakui dosa dan maksiat kita agar kembali bertaubat pada Allah.
- yakin bahawa Allah menerima taubat hamba-hambaNya.

"(Pahala dari Allah) itu bukanlah angan-anganmu dan bukan (pula) angan-angan ahli kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, niscaya akan dibalas sesuai dengan kejahatan itu, dan dia tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah." [Surah An-Nisa' 4: 123]


Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.