Thursday 18 August 2011

Alhamdulillah -Dawud Wharnsby Ali

Rock : I'm just a rock, and everyday I sit and watch the sky,

I sleep here in the sun and rain, and do not question why,

I don't want to be a bird, 'cause as rocks we're never meant to fly,

But you can sit and rest on me when you pass by,

Alhamdulillah (Praise be to Allah) - Alhamdulillah I'm a rock,

And that is all Allah asks of me..

 Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a Muslim,

And there's nothing else I'd rather be..


Tree : I'm just a tree and this is the only life I'll ever know,

I'll bow my bows and worship whenever I feel the wind blow,

And my purpose in life is to grow and Allah says grow,

And be a home for the birds and shade for folks below,

Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a tree,

And that is all Allah asks of me..

Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a Muslim,

And there's nothing else I'd rather be..


Human : I'm just a person and my life is full of opportunity,

I can travel through the world, over land and over sea,

But will I choose the path of Truth, or a path to misguide me?,

Sometimes I wish I had a simple life, just like a rock or a tree,

But Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a person,

And Allah has given me a choice that's free..

So, Alhamdulillah - I choose to be a Muslim,

And there's nothing else I'd rather be..

No, there's nothing else I'd rather be..



Gambar Hiasan - Muslim kids

Wednesday 17 August 2011

Jom pupuk Budaya Membaca AL-QURAN

 Selalu ada kempen "Mari Membaca" jer kan? Jom kita anjurkan/pupuk budaya membaca Al-Quran pula.




 Dahulunya rakyat Malaysia malu jika disuruh membaca di khalayak ramai. Contohnya, membaca ketika di dalam LRT ataupun sambil berjalan (waktu nak shopping tu).. tak boleh? kenapa baca SMS sambil berjalan boleh? Rakyat Jepun boleh je buat, kenapa kita tak boleh?


 Tapi sekarang, perubahan telah dilakukan (khususnya oleh orang Melayu). Dah "tak berapa malu sangat" membaca di khalayak ramai. Bagus!! Satu peningkatan :). Apa kata kita naik lagi satu anak tangga? Baca Al-Quran di khalayak ramai.
 Budaya membaca Al-Quran perlu dipupuk di kalangan kita. Kenapa nak malu baca Al-Quran di khalayak ramai? Takut orang kata menunjuk-nunjuk? Kalau ramai-ramai baca Al-Quran mesti dah takde apa-apa. relaks jer :)
 Kalau pergi negara-negara Arab yang lain , kita boleh perasan, majoriti penduduk sana mengamalkan budaya membaca Al-Quran. Iklan pun ada tentang Al-Quran.



Kenapa kita tak boleh? Fikir-fikirkan :)

*cakap orang, saya pun sama.. sentap jap.. Apa lagi, jom sama-sama berubah*

Sunday 14 August 2011

Salah Faham Masyarakat 3

Aman (adik) : Akak, malam ni Aman nak stay-up.
Amani (akak) : Nak buat apa? study ke? baik Aman Solat Tahajjud sekali, kan bagus tu.
Aman : Memanglah kak. Aman stay-up ni sebab dah janji dengan kawan nak Solat Tahajjud sama-sama.
Amani : Eh, Aman tak tidur dulu ke? Nanti bangun barulah Solat Tahajjud.
Aman : Ala, nanti takut tak sedar. Aman kan liat nak bangun.
Amani : Takpe, nanti akak kejut. Akak memang bangun pun setiap pagi.
Aman : Em, takpelah akak. Aman dah tidur dah petang tadi.
Amani : ???? *pelik*







Salah Faham Masyarakat 2

Di Masjid..Malam pertama Ramadhan..

Ali : Assalamualaikum bang. Abang baru ke pindah sini?
Ahmad : Waalaikumussalam. Tak adalah. Aku dah nak dekat setahun dah pindah sini.. Kenapa?
Ali : Eh yeke? Saya jarang pulak nampak abang..
Ahmad : Aku pun jarang jugak nampak kau. First time jumpa harini.
Ali : Eh? Saya, Alhamdulillah, hari-hari pergi masjid, tapi saya pun tak pernah terserempak dengan abang.
Ahmad : *malu * Oh..selalu aku kerja. tak sempat nak pergi masjid. penat (berdalih)
Ali : Hari ni abang tak kerja ke?
Ahmad : Abang kerja sampai pukul 6.30 petang. tapi bulan ni kena lah pergi masjid, kan nak Solat Tarawih. bulan lain tak kisah.
Ali : ??? (sambil menggeleng-gelengkan kepalanya)

Salah Faham Masyarakat 1

Di gerai..

Pekerja 1 : Ala, harini aku kena jaga malam..tak dapat aku nak Solat Tarawih harini..
Pekerja 2 : Ha? Apa kaitan jaga kedai dengan tak solat? Kau jaga kedai sampai pukul 10.30 malam je kan?
Pekerja 1 : Yelah, sebab tu aku tak boleh Solat Tarawih, tak sempatlah aku nak pergi masjid.
Pekerja 2 : ??? Buatlah Solat Tarawih kat rumah lepas kau balik kerja.
Pekerja 1 : Eh, boleh ke? Ala, tapi tak best lah..tak "meriah"..
Pekerja 2 : Kau nak solat ke nak meriah?






Sunday 7 August 2011

ADAB BERDOA



Tiba-tiba saya terjumpa buku Solusi Isu No.22 (2010) kat dalam laci kat ruang tamu di rumah saya (majalah solusi lain dalam bilik saya) . Saya tertarik dengan tajuk dia "Doa Mustajab atau Terhijab?". Banyak lagi perkongsian yang berguna dalam Isu ni. Tak khairan lah ramai yang suka baca majalah Solusi ni, sebab input dia dari kulit yang depan sekali hingga kulit yang terakhir sekali..:)

Post kali ni, saya nak kongsi adab-adab berdoa. Adakah kita sentiasa beradab ketika sebelum, semasa dan selepas berdoa? kalau tak, jom sama-sama kita amalkan..:)

Sebelum
- Sediakan hati bahawa Allah bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukanNya. Bertaubatlah juga kepada Allah.
- Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwudhuk.
- Menghadap kiblat jika tiada halangan.
- Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat etc.
- Memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa etc.
- Mengankat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
- Digalakkan solat sunat Hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
- Pastikan makanan dan minuman dari sumber yang halal. Ini kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
- Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain.

Semasa
- Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
- Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak tiga kali.
- Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
- Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
- Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khuyuk kepadaNya.
- Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
- Ulangi doa yang dibaca.
- Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
- Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat (al-jami').
- Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.

Selepas
- Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.
- Mengaminkan doa yang dibacakan.
- Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Jika tidak, pasti ada alternatif lain diberikan Allah, sama ada kita sedar atau tidak.
- Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.