Tuesday 29 November 2011

Egois

Katamu apa yang kau impikan,
Segalanya kan pasti jadi kenyataan,
Setiap apa yang kau inginkan,
Sekelip mata dalam genggaman...

Nadamu berbaur keegoan..
Katamu kau tak perlukan teman,
Walaupun sendirian,
Walaupun kesunyian,
Kau punya segala kelebihan..

Bibirmu ketandusan senyuman,
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata,
Atur langkah penuh keangkuhan,
Gerak gaya lambang kemegahan..

Kau terlupa apa yang kau ada,
Segalanya kurniaan yang Esa,
Hanya seorang hamba,
Yang diuji imannya,
Dengan kenikmatan dunia...

Bicara hatimu tentang sepi,
Sengaja tak pernah kau akui,
Bagaikan sang merak,
Yang indah bulunya,
Namun tidak mampu,
Terbang ke angkasa...

Andai dibiar keegoan,
Meratah hati dan perasaan,
Usah kau pertikaikan jiwamu,
Mengapa tiada rasa ketenangan..

Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu..

Bukan ku sengaja,
Mencari silapmu,
Engkau ku rasakan,
Mampu menjadi sandaran,
Sedarlah jasa baktimu diperlukan,
Curahkan pada insan yang memerlukan..

SINDIR bermakna NASIHAT, NASIHAT tanda SAYANG...

Pada suatu hari yang tenang..:P..=)
.....
Ainul : Mira, aku risau betul lah tengok kau. tak berlenggang langsung dengan laptop tu.. macam belangkas.
Mira : Haha.. jeleslah tu..aku dah khatam kan sume movie n  drama Japan dalam harddisk tu.. ni nak download drama terbaru lak.. Ouran High School *sambil buat muka cool*..
Ainul : Ouran High School? macam best je..
Mira : memang best pun.. jom lah tengok sama-sama..
Ainul : boleh..tapi tunggu aku free dulu lah.. n dengan satu syarat.. sekarang ni kau kena join aku study sama-sama.. kata nak Mumtaz.. Jom Mumtaz sama-sama.. InsyaAllah..=)
Mira : mmmm...ok..

Keesokkan harinya..(hari program Sejarah Anbiya' dijalankan)
.....
Ainul : Jom sume bertolak sekarang.. Kita dah lambat ni..
Mira : Ainul, wajib ke datang?
Ainul : tak rasanya..
....Mira tak pergi program Sejarah Anbiya'...

balik dari program..
.....
Ainul : Ya Allah, Mira, kau tak pergi sebab tengok cite Jepun ni? bosannyee... rugi tak pergi tadi.. best tau..
Mira: *hanya mendiamkan diri*

Keesokkan harinya...lagi.....(program Ini Sejarah Kita diadakan)..=)
.....
Ainul : Haish, sape lah yang tak pergi semalam.. rugi tau.. hari ni kalau tak pergi jugak, dah dua kali rugi.. berugi-rugi dah..* sambil tersenyum*

Waktu program dijalankan..
....
akak penceramah:  Tengok konsert SuJu, tengok movie Jepun, Korea, Hindustan, Melayu pun..sampai melalaikan dan merosakkan aqidah..tu dah termasuk dalam perbuatan Jahiliyyah.. bertentangan dengan ajaran Islam.. Kalau ada dua orang Michael dengan Mikael, dua-dua tak ada beza pun macam tu..kalau dua-dua pun buat benda yang sama..buat sesuatu tanpa panduan Islam...
Ainul : *memandang Mira*
Mira: *muka masam, hanya mendiamkan diri*

Petang tu..
....
Mira: *menjauhkan diri dan tidak menegur Ainul.. Mira terus melayan cerita-cerita Jepunnya*
Ainul : Mira, kau kenapa.. macam lain macam je..
Mira: takde apa-apalah *bunyi marah*
Ainul: kau marah ke? sorry lah..aku bukan berniat nak sakitkan hati kau.. tapi aku nak kita sama-sama berjaya.. sama-sama Mumtaz.. tak nak lah berjaya sorang-sorang.. tak best kot...
Mira : tak lah.. tak marah pun.. tapi aku memang tak boleh nak lari dari movie-movie Jepun ni..
Ainul : ala, takpe.. sikit-sikit.. boleh je tengok.. tapi jangan sampai melalaikan n tengok lah cerita yang elok-elok je tau..
Mira: Haha.. jangan risau lah.. aku cuma suka tengok cite Jepun sebab banyak humor n pengajaran je.. takde yang lain *sambil tersenyum*..


N/B (tak pasal-pasal)...:
Em.. mesti tak faham sangat kan cerita ni? Pandai-pandai lah fikir kesinambungan n ibrah dari cerita ni n selamat beramal..=)..*cerita ni takde kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..*...peace yo...wassalam...~~

Thursday 24 November 2011

Penyucian Jiwa

"Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)" [Surah AsySyams:9]



Penyucian diri :
1. Muhassabah Diri - sebelum amal, sesudah amal, saat melakukan amal.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [Surah Al-Hasyr, 59:18]


2. Cara bermuhassabah:
- hendaklah membandingkan antara nikmat yang Allah bagi kita dengan dosa yang kita lakukan.
(Pastinya kita akan dapati bahawa perlakuan kita tidak berpatutan dengan begitu besarnya nikmat yang Allah berikan. Subhanallah)
- hendaklah kita mengakui dosa dan maksiat kita agar kembali bertaubat pada Allah.
- yakin bahawa Allah menerima taubat hamba-hambaNya.

"(Pahala dari Allah) itu bukanlah angan-anganmu dan bukan (pula) angan-angan ahli kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, niscaya akan dibalas sesuai dengan kejahatan itu, dan dia tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah." [Surah An-Nisa' 4: 123]


Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

Thursday 15 September 2011

Jika Terakhir Buatku- Saujana

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Tuesday 13 September 2011

Mimpi Yang Indah- Mestica

Telah ku lalui jalan berduri,
Sejuta harapan terus ku pertahankan,
Bukan mudah menggapai bintang,
Bersilih dugaan mendatang..

Di sebalik kepayahan,
Di situlah kekuatan,
Tekad hati azimat di perjalanan,
Mengejar impian..

Pabila laluan seakan sukar ,
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan,
Namun kasihMu menyedarkan,
Aku tak pernah sendirian..

Di sebalik kepayahan,
Di situlah kekuatan,
Tekad hati azimat di perjalanan,
TInggi langit mimpi ini,
Tak ku ragu untuk membuktikan,
Indah bintang yang terang bukan khayalan,
Tetapi kenyataan ..

Akan kau saksikan kesulitan ini,
pasti berganti kebahagiaan,
Telah pun kau dengar kisahku ini,
Pernahkah cuba kau mengerti..

buat Sahabat, Teman, Kawan, Chingu, Tomodachi..

Duhai teman,
Aku bukanlah pakar bahasa yang pandai berkata-kata,
Aku bukanlah sasterawan yang mahir dalam madah pujangga,
Aku hanyalah seorang teman..
Yang mencintai sahabatnya,kerana Ilahi..
Mengharap redha-Nya setia mengiringi..
Sahabatku..ingatlah,
Dunia ini hanya sementara,
Janganlah kita mengejar keindahan dunia yang tiada ertinya..
Temanku,
Dengan menyebut nama Allah,
Bulatkan tekadmu..
Walau ke mana pun kau menuju,
Serahkan hidup dan matimu kepada Allah semata-mata..
Agar damai sentiasa di hatimu..
Ingatlah sahabatku,
Dalam hidup ini,
Kadang2 kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan..
Dan ketika kita mendapat apa yang kita inginkan,
Akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan kadang2 tidak dapat membuat hidup kita bahagia..
Sahabatku,
Ilmu yang memberi manfaat itu ialah ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kpd Allah S.W.T.,
Ilmu yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu..
Sahabatku,
Ujian itu akan mendekatkan diri kita dengan Allah,
Mengajar kita berdoa dan..
Menghilangkan sifat takabbur,ujub dan segala kesombongan dalam diri kita..
Sahabatku,
Optimislah dan jangan berputus asa,
Dan jangan pula menyerah kalah tanpa berusaha,
Dan selalu bersangka baik dengan Allah..
Dan tunggulah segala kebaikan dan keindahan yang akan segera Dia Berikan..
Sahabatku,
Tika wajah penat memikirkan dunia..maka berwudhu'lah,
Tika tangan letih menggapai cita2..maka serulah Allahuakbar!!
Tika bahu tiada kuasa memikul amanah..bersujudlah,
Ikhlaskan segala-galanya dan dekatilah Allah S.W.T.
Agar tunduk di saat yang lain angkuh..
Agar teguh di saat yang lain runtuh..
Sahabatku,
Selalulah membaca al-Quran,
Nescaya apabila roh Al-Quran memasuki jiwamu,
Lenturlah segala keangkuhan kita,
Nescaya ia akan melembutkan hati kita,
Dan kita tenang di dalamnya..
Sahabatku,
Kita hanya mampu mengukir tadbir,
Sedangkan pada-Nya segala takdir..



source: Nur Ayuni binti Ahmad..=)..semoga ukhuwwah kita berkekalan hingga ke akhirnya..

            lagu Mimpi Yang Indah ni dedicate buat ayuni..:)