Sunday 7 August 2011

ADAB BERDOA



Tiba-tiba saya terjumpa buku Solusi Isu No.22 (2010) kat dalam laci kat ruang tamu di rumah saya (majalah solusi lain dalam bilik saya) . Saya tertarik dengan tajuk dia "Doa Mustajab atau Terhijab?". Banyak lagi perkongsian yang berguna dalam Isu ni. Tak khairan lah ramai yang suka baca majalah Solusi ni, sebab input dia dari kulit yang depan sekali hingga kulit yang terakhir sekali..:)

Post kali ni, saya nak kongsi adab-adab berdoa. Adakah kita sentiasa beradab ketika sebelum, semasa dan selepas berdoa? kalau tak, jom sama-sama kita amalkan..:)

Sebelum
- Sediakan hati bahawa Allah bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukanNya. Bertaubatlah juga kepada Allah.
- Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwudhuk.
- Menghadap kiblat jika tiada halangan.
- Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat etc.
- Memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa etc.
- Mengankat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
- Digalakkan solat sunat Hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
- Pastikan makanan dan minuman dari sumber yang halal. Ini kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
- Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain.

Semasa
- Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
- Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak tiga kali.
- Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
- Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
- Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khuyuk kepadaNya.
- Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
- Ulangi doa yang dibaca.
- Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
- Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat (al-jami').
- Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.

Selepas
- Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.
- Mengaminkan doa yang dibacakan.
- Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Jika tidak, pasti ada alternatif lain diberikan Allah, sama ada kita sedar atau tidak.
- Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.





No comments:

Post a Comment