Monday 25 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..



"Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" [Al-Baqarah 2:183]

" Islam didirikan atas lima perkara iaitu : Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan".. 
[Riwayat al-Bukhari Kitab al-Imam no.8 dan Muslim Kitab al-Imam no.16 (21)]

Alhamdulillah..sedar tak sedar kita sudah pun menghampiri bulan Ramadhan yang membawa hikmah dan pengajaran, mendidik jiwa orang bertakwa, dan menginsafkan diri siapa kita..jadi, selamat memperbanyakkan ibadah dan berpuasa..
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..



"Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka wajib mengantikannya, sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan meng-agungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur"
[Al-Baqarah 2:185]

Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadhan akan dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu" [HR : Muslim]

No comments:

Post a Comment