Thursday 30 June 2011

Turkeye..

Turki? Kenapa Turki?
http://www.youtube.com/watch?v=K7vmo5epiIc

   Turki merupakan sebuah negara Islam yang agak terkenal di seluruh pelusuk dunia samaada di negara Islam mahupun bukan Islam (saya pernah tanya kawan Korea saya, negara mana yang dia teringin nak pergi..dan jawabnya Turki).. Hampir 99% penduduk Turki adalah beragama Islam. Istanbul merupakan salah sebuah kota di Turki yang membawa maksud "kota Islam".. Turki juga terkenal dengan sejarah Islamnya terutamanya "kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh membebaskan Constantinople".
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1960

   Beberapa tahun yang lepas (mungkin juga tahun lepas *tak berapa ingat* :p), saya pernah menonton sebuah dokumentari tentang Turki di Discovery channel. Ia menceritakan tentang terowong dalam laut yang menghubungkan terus Eropah dan Asia *kalau tak silap* di Istanbul dan juga tentang seorang wanita yang ingin mengubah persepsi orang Islam Turki tentang Fashion dan telah mengeluarkan satu magazine tentangnya.. nauzubillah..

Ketika menonton dokumentari tersebut, saya tak tahu yang ianya di Turki.. tapi saya teringin nak melihat terowong dalam laut tersebut.. dan Alhamdulillah, pada 4 Jun 2011 yang lepas, saya telah pun menjejakkan kaki di Turki..:).. * tapi terowong tu masih dalam pembinaan-jadi tak dapat tengok..:(
Yang memeranjatkan saya, wanita tersebut telah berjaya mengubah persepsi penduduk Turki. Kebanyakkan penduduknya tidak lagi berpakaian seperti seorang yang beragama Islam, malah mereka tidak tumpah seperti penduduk Barat yang lain. subhaAllah.. sehinggakan seorang ustaz yang bersama rombongan kami berkata "negara mereka penuh sejarah yang melambangkan KeIslaman, tapi mereka tidak mengambil iktibar daripadanya".

Blue Mosque,Turkey

   Namun, Turki masih lagi gah kerana struktur binaan bangunan-bangunan nya yang unik. Terdapat berpuluh-puluh masjid yang menghiasi dan menghidupkan kota-kota di Turki dan salah satu daripadanya adalah Blue Mosque.. Makanan-makanannya serta manisan-manisannya (Turkish delights) dan Apple Tea juga membezakan Turki daripada negara-negara yang lain.





Banyak perkataan Turki telah saya pelajari sepanjang saya berada di sana..:)

Hello = Merhaba
Good Morning = Gunaydin
Good Night = Iyi Geceler
Thank You = Tesekkur Ederim
You = Sen
I = Ben
You're very beautiful = Sen cok Guzel
water = Su
Monkey = Maymun
Elephant = Fil
Cat = Kedi
Dod = Kopek
Good Bye = Gule-Gule 



souvenir dr Turki *credit to : Nadiah*

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment