Thursday 13 September 2012

Kagum @ jealous? Pembakar semangat..


Bismillah..

Alhamdulillah.. 8 September lepas saya selamat tiba di Mesir.. Walaupun sepatutnya tiba lebih awal (7 September), tapi Alhamdulillah, disebabkan flight delay, saya dan kawan-kawan dapat merasa tidur di hotel Oman (Tulip Inn) yang harga satu biliknya hampir seribu ringgit Malaysia..-_-



Ok.. sambung ke cerita asal.. Kagum @ jealous pembakar semangat? Dalam perjalanan ke Mesir, kami cuba memenuhi masa lapang dengan pelbagai aktiviti.. Antaranya membaca majalah Jom!! yang sememangnya popular di kalangan mahasiswa-mahasiswi tak kira di mana jua..Eceh (ni bukan iklan Jom! tapi tak salah kalau anda nak beli dan baca jom lepas ni =) )

                            


Kami mula membaca Jom! dari edisi pertama lagi.. Apa yang membuatkan kami rasa kagum dan jealous dengan serentak +_+  ialah apabila yang menulis @ menghantar artikel (dai'e) merupakan mahasiswa-mahasiswa dari Universiti yang terletak di Barat sana dan ada juga dari Universiti swasta Malaysia.. SubhanAllah.. 
Kenapa? Ialah..bila kita dengar "budak tu dia pelajar Mesir" , apa kita response "wah, mesti baik".. Kalau kita dengar "budak tu dia pelajar Ireland', apa response kita? "Ohh..".. 

Disebabkan ada orang-orang seperti akhi dan ukhti yang Haybat kat sana tu, yang berani bersuara,menyatakan pendapat serta menyeru/ mengajak kita semua ke arah kebenaran, kami dengan penuh semangat akan berusaha untuk menjadi seperti mereka.. InsyaAllah..=) Biiznillah..keberanian dorang menjadi pembakar semangat kami.. Moga kita semua membangun bersama dan menjadi Muslim dan Muslimah yang sejati.. amin.. InsyaAllah..



" Tetapi kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana. Dia memasukkan siapa pun yang Dia kehendaki ke dalam rahmatNya (syurga). Adapun bagi orang-orang zalim disediakan-Nya azab yang pedih." 
[Al-Insan 76: 30-31]

No comments:

Post a Comment